May 22, 2009

PERISTIWA NGERI DI BATU 3...

DIPETIK DARI AKHBAR HARIAN MENTERUP

Satu kejadian ngeri telah berlaku di rumah yang baru diduduki oleh seorang Pegawai Pengurusan HEP IPGM Kampus Tawau baru-baru ini. Semuanya apabila dia ternampak seorang yang tidak dikenali bergelimpangan di ruang tamu rumah barunya itu. Pemuda yang dimaksudkan adalah...
Jeritan ala-ala histeria daripada lubang tekak pegawai HEP terbabit telah menggemparkan seluruh kawasan Batu 3 sampaikan penghuni rumah yang ala-ala banglo minangkabau kat sebelah rumah tu pun terjaga dan datang ke rumah pegawai hep terbabit untuk melihat apa yang terjadi. dan apabila semua terlihat wajah cinatator di atas, semua turut concang menjerit kerana menurut Ketua Kampung Esbok (beliau bermalam di rumah bini mudanya ketika itu), amatlah jarang sekali teramat never untuk kita melihat lelaki cinatator memakai bunga di telinga bersama ubat jerawat batu bata di muka. lainlah jika cinabugis. "malah, kalau cinatator yang pompuan pun neverlah nak pakai bunga." Katanya dalam nada sedih sambil mengorek lubang hidung sebelah kirinya. (Beliau kemudian dilihat menyalat hasil korekan di jarinya ke bahu seorang pemuda tidak berbaju yang berasal dari Pahang yang turut menyaksikan peristiwa tersebut.
Penggangwai tersebuk ketika ditemui masih belum mampu memberi ulasan kerana dia masih dalam keadaan taruma. ketika krew kami melawat ke rumahnya, kelihatan bini muda ketua kampung esbok masih cuba menenangkan jiwanya yang berkecamuk itu.



Mujur juga rumah tersebut dipasang kelengkapan cctv di mana pihak berkuasa MPT... eh silap... pihak berkuasa bomba tawau (diwakili oleh anak beliau yang tidak berbaju tadik tu) telah dapat mengesan dua lelaki berbadan sasa yang disyaki anak buah instruktor gimnasium iaitu cikgu dzulfikat. dua lelaki tersebut yang cuma menggunakan nama singkatan LP dan MT dalam Kartu Tanda Penduduk Sungai Nyamuk masih dicari hingga hari semalam. hari ni semua dah penat mencari, so dorang kira bebas la. Kes ditutup.

Berikut adalah kronologi drama sabotaj yang berjaya dirakam oleh cctv kami...

Lelaki tagap yang dikenali sebagai MT memulakan gerakan sabotaj dengan mengikat kaki mangsa supaya mangsa tidak dapat melarikan diri sekiranya tersedar setelah mangsa diberi ubat tidur paling power di dunia iaitu ubant tidur quarretzxeveressut yang diimport khas dari Congo di mana ubat tersebut mampu menidurkan anjing gila yang hendak mengawan. Menurut Pak Dukun Kampung Seri Menanti juga, MT membaca mantera dari tanah seberang iaitu mantera Zimbruntat Zungus Kabupaten Gusti Ajelinajoli untuk membuatkan mangsa khayal sambil tidur. Ini dapat dibuktikan dari gambar cctv yang berjaya kami rakam di mana pengamal mantera tersebut perlu menjelirkan lidahnya ketika mengikat kaki mangsa. Sepatutnya temannya yang sebelah itu iaitu LP juga perlu menjelir lidah seperti MT. Tapi apakan daya, lidah tak sampai...




Punyalah power mantera tersebut hinggakan handphone mangsa yang ketika itu menerima missed call sebanyak 58 kali, tetap gagal mengejutkan mangsa (panggilan tersebut dipercayai daripada kekasihnya yang tinggal di esbok...heeheee...hai baba...)




Kemudian, tali yang mengikat mangsa perlu diikat pada sebuah alat kayu. Ini adalah untuk upacara memanggil penunggu Jalan Tiku di mana alat kayu tersebut bertindak macam piring Astro la kunuknya...




Kelihatan, pembantu MT yang bernama LP yang belum begitu tagap, cuba pula memasang pelampung botol 'handredplas' yang mengukuhkan tuduhan, mereka hendak menghanyutkan mangsa di highway.




MT menunjukkan wajah ganas kepada cctv kami bertujuan untuk menakutkan kami. ternyata, ini telah membuatkan jiran sebelah rumah terkezutcipanzi melihat wajahnya.




LP juga cuba membuat wajah ganas. Tapi masih kelihatan suci kerana dia masih cuba mengontrol ke'cute'annya. Makin cctv kami fokus, makin cute dia kontrol...




Namun, akibat terlalu mengantuk pada malam itu, LP telah tumpang tidur sekejap. Ini tidak disedari oleh ketuanya MT kerana ketika itu MT sempat training angkat tong gas di dapur untuk memantapkan lengannya. Kami diberitahu, MT tercabar secara psikologi melihat saingannya yang semakin mantap iaitu khalidbadang... LP hanya dapat tidur selama 2 minit apabila terkejut mendengar bunyi tong gas kemek ditumbuk oleh ketuanya secara tak pasal-pasal.




MT sempat menitikkan bedak sejuk tinggalan turun-temurun paciknya pada jerawat batu-bata di muka mangsa. Ini dilihat sebagai promosi kepada produk tersebut. Untuk makluman semua, MT adalah duta Bedak Sejuk Cap Siamang. Dia menerima tawaran tersebut setelah jeles dengan kawan seperjuangannya iaitu Baba Tario yang mana merupakan duta sepanjang hayat sabun dettol.




Namun, kerana tersalah baca mantera, MT telah bertukar menjadi keris. Ini membuatkan LP ketakutan lalu turut membaca mantera menukar dirinya menjadi bedak bayi (kelihatan di belakang mangsa. Berwarna pink.)

May 4, 2009

ANAK-ANAK ABAH 3

Anak-anak yang duduk dihadapanku malam ini
adalah anak-anak yang lapar ilmu
mohon disuap satu persatu
agar mereka punya tenaga
untuk berjalan di lorong yang sangat panjang
berliku dan bersimpang pula.

Anak-anak yang duduk dihadapanku malam ini
adalah anak-anak yang begitu naif
mohon dipimpin dan disuluhkan jalan
agar mereka bisa melangkah selesa
di denai gelap dan berduri pula
agar mereka tidak tersadung dan tersungkur.

Anak-anak yang duduk dihadapanku malam ini
adalah anak-anak yang bermata cantik
yang darinya terpancar sinar pengharapan
berkaca oleh genangan cita-cita dan impian
untuk membela nasib diri dan keluarga
untuk mendaki ke puncak tertinggi hidupnya.

Anak-anak yang duduk dihadapanku malam ini
adalah anak-anak yang berbaju seragam putih
bersih tanpa setitikpun noda
belum sempat dikotori lumpur dari lembah kecewa
tidak terpalit daki lelah perjalanan
masih suci dari tapak tangan kotor kedewasaan.

Aduhai anak-anak yang duduk dihadapanku malam ini
dengarlah cerita mimpiku malam kelmarin
tentang sebuah bahagia
yang tergarap dalam tidurku yang panjang
yang mana menurut kata pujangga dan pelipurlara
merupakan mimpi yang bakal menjadi nyata.

Sesungguhnya wahai anak-anak yang duduk dihadapanku malam ini
aku pernah bermimpi
duduk mengambil tempatmu itu
dan kau berdiri di hadapanku dalam sebuah keramaian
memberi ucap bicara
dengan segak dan bergaya
sebagai pemimpin negara.

Aku pernah bermimpi
namamu menghias dada akhbar
dengan berita-berita kejayaan
yang kaukecapi
dari usaha dan keringat yang tupah
dari derita dan airmata yang pernah mengalir.

Aku pernah bermimpi
namamu disebut setiap bibir
dan belakang tanganmu menjadi dambaan
untuk dikucup setiap marhaen
kerana kau telah membela nasib bangsa
dan menabur bakti lewat perjalananmu.

Sesungguhnya wahai anak-anak yang duduk dihadapanku malam ini
aku tidak pernah percaya
mimpi-mimpiku itu sekadar mainan tidur
malah kuamat yakin
itulah yang bakal kaukecapi
dihujung jalan panjang yang bakal kau lalui.

Hanya doa yang kubekalkan
moga-moga mampu menjadi senjata
buatkau bertempur di medan juang
dan aku tetap akan di sini
menunggu kau pulang
dan mengabulkan mimpi-mimpi.

Anak-anak yang duduk dihadapanku malam ini
adalah anak-anak yang lapar ilmu
adalah anak-anak yang begitu naif
adalah anak-anak yang bermata cantik
adalah anak-anak yang mendengar cerita mimpiku
adalah anak-anak yang akan dirindu....

Tawau,
30 September 2004.

ikut kami. kenal kami.