Jun 8, 2009

ABCD… OH, ABCD….

cikguazam menulis...



Apabila hendak menulis tentang ABCD, biarpun sekadar untuk blog ini, saya perlu menjadi cukup berkira. Maknanya, saya perlu keluar dari kotak hubungan peribadi kami. Yelah, mungkin saya pernah tidur sebantal dan makan sepinggan dengan ahli kumpulan ini. Maka, jika saya menulis dengan peranan sebegitu, sudah tentu apa yang akan saya tulis, lebih kepada puji-pujian atau mengangkat kumpulan ini setingginya. Akhirnya nanti, mereka akan hanyut dan terbuai lalu, tiada apa-apalah yang akan mereka atau kita perolehi. Kalau begitu, lebih baik tak payah tulis apa-apa, betol tak…


Sebenarnya, kita tetap kena pandang kumpulan ABCD ini sebagai satu produk SMK Tawau walaupun saya tahu, mereka bukan nak jadi kumpulan muzik secara serius pun. Masing-masing ada cita-cita sendiri. Tapi, alang-alang sudah membentuk kumpulan, biarlah mereka sekurang-kurang berpeluang merasa dan tahu apa yang orang lain fikir tentang mereka. Sekurang-kurangnya, apa yang saya fikir. Dan jangan pernah terlupa, selambak budak-budak indie kat kuar sana tu ada latar belakang pendidikan yang ‘wow’…

Agak kurang adil apabila kita hendak membandingkan ABCD dengan kumpulan-kumpulan indie yang sedia ada. ABCD berdiri dalam kategori mereka sendiri. Mereka bermula dengan keinginan yang berkobar-kobar. Tidak berbekalkan instrument yang cukup, dan bakat yang tidak seberapa. Tapi awas, jangan sangka mereka selamanya di takuk itu. Mari kita bincangkan apa saja seputar ABCD…

Bermula dengan nama kumpulan ABCD itu sendiri. Mungkin bila memula kita dengar nama kumpulan ini, kita akan segera teringatkan ACAB. Begitulah saya. Sudah tentu yang tergambar – huh, budak-budak ni fluence ACAB. Tapi, memang andaian saya meleset. Mereka tidak berdiri di bawah bayang-bayang muzik kumpulan tersebut. Hello…saya pernah dengar kaset ACAB berkali-kali k. muzik ACAB ‘not too bad’. Beberapa lagu dorang kena di hati saya. So, apanya yang ABCD ? Nama mereka ? (Aifan, Baba, Chairil, D ??? Wong, werra u…?)

Tapi, bila melihat mereka yang hadir dan bermula dengan kemampuan yang cukup minimum, tetapi kesungguhan yang cukup melimpah-ruah, jadi ya, ABCD memang sesuai dengan mereka kerana ABCD lambang budak yang baru belajar. Tapi jangan pernah pandang rendah dengan budak baru belajar. Semua yang sudah jauh berjalan, bermula dengan langkah pertama. Pelumba pecut terhebat di dunia pun bermula dengan belajar berjalan.

Dalam sebuah kumpulan yang nampak belum sempurna ini, sebenarnya mereka saling melengkapi. Katakanlah mereka jadi artis satu hari nanti. Biar saya senaraikan kekuatan mereka. Saya kata, kalau…

Saya mulakan dengan Wong. Sebenarnya, buat masa ini, Wong adalah nadi kumpulan ini sebab ilmu muzik Wong mungkin lebih daripada yang lain-lain. Apa yang hebatnya tentang Wong – dia macam padi. Makin berisi makin menunduk. Dia cukup merendah diri dan tak mendabik dada padahal, dia boleh saja kalau nak berlagak ‘diva’ dalam kumpulan ini.

Aifan, pada saya dia tahu hala tuju dan boleh memimpin. Dia tahu ke mana nak bawa kumpulan ini. Yang penting, dia yakin dengan ABCD dan kebolehan ahlinya. Dia berani mengenengahkan ABCD biarpun mungkin buat masa ini mereka belum mampu buat sesuatu yang ‘boom’. Saya tak pasti, tapi saya rasa dia ketua. Walaupun sebagai vokalis Aifan cuma ‘seadanya’, tapi dia boleh tingkatkan mutu vocal sebab saya rasa range vocal dia sebenarnya ‘not bad’. Cuma perlu banyak berlatih. Tapi, ala… most of indie punya vokalis pun taklah sehebat vokalis MUH pun. Orang nak tengok dan nak dengar muzik korang. Vocal hanyalah salah satu instrument. Tidak berdiri sendiri dalam band.

Chairil pula saya rasa adalah pencetus sebab mamat ni agak advance dengan genre muda-mudi ni. Dia ada satu aura yang susah saya nak beritahu. Tapi percayalah, dia boleh dan mampu menarik dan mempengaruhi orang. Pada saya kalau Chairil tak main apa-apa dan sekadar berdiri dalam band ABCD pun, dia tetap akan membawa satu impak sebab auranya itu. Saya Cuma nak kata, dia cukup sajak untuk berdiri dalam sebuah kumpulan indie.

Saya juga sebenarnya agak kagum dengan Baba. Dia bermula dengan ‘zero’ dan dia gigih untuk membuktikan yang dia mampu menjadi salah seorang mereka. Daripada tak tahu apa-apa, dilantik menjadi main guitaris. Dia take for granted. Saya juga berani cakap yang rupa paras Baba mampu membuatkan gadis-gadis hysteria. Apa yang menarik tentang Baba juga, dia berani cuba-cuba cipta lagu dan saya rasa lagu yang ‘BERDIRI UNTUKMU’ keapatah yang dorang cipta tu, memang radio friendly. Easy listening. Tapi, forgettable. Apapun, lagu-lagu cam gini mudah diterima. Itu yang penting. Keep it up.

Selain daripada muzik mereka, apa best sangat pasal ABCD kalau mereka kekal dan serius nak perjuangkan muzik mereka adalah brothership mereka. Carilah kat dalam dunia ni, kalau ada band boy yang asalnya belajar dalam satu kelas macam dorang. Dah tentulah tak ada. Sebabnya, selalunya kalau nak menubuhkan band ni, orang akan cari musician yang boleh main. Kadang-kadang buat audition, etcetra. Tapi dorang ni, yang memang satu geng, baru sama-sama nak belajar, sama-sama berlatih, sama-sama dari zero. Pada saya itu lebih baik walaupun mungkin jalannya lebih jauh.

Waktu awal tahun dulu, bila Aifan umumkan perpecahan ABCD, saya agak tersentak. Yelah, saya ni sensitive bab-bab pecah kumpulan. Sebab saya pernah join beberapa kumpulan, pernah rasa macamana pedih dan manisnya sebagai anggota sesebuah kumpulan. Menubuhkan sesebuah kumpulan tidak semudah memusnahkannya. Yelah, kita boleh berpecah dengan hanya satu perkataan. Tapi untuk menubuhkan, kita perlukan seribu keyakinan, pendirian, azam dan target.

Panjang lebar jugaklah saya berceramah kepada budak2 ABCD ni biarpun ada yang nekad nak jugak berpecah. Saya katakan, ABCD hanya hangat-hangat tahi ayam – BERAKHIR TANPA SEMPAT BERMULA. Tapi, mujur juga mereka tak jadi berpecah. Tapi bagi saya sebenarnya mereka menubuhkan semula atau sebenar-benarnya, mereka baru menubuhkan kumpulan ABCD selepas ‘peristiwa itu’. Saya harap mereka akan lebih mengenali satu sama lain dan lebih toleransi selepas ini.
PAPARAZZI KAMI BERJAYA MENDAPATKAN BUKTI IKATAN YANG BERCANTUM KEMBALI
ABCD semakin mengorak langkah. Mereka sudah berani membuat persembahan pentas (kalau saya tahu tiada seorang pun budak 5A datang beri sokongan, pasti saya datang walaupun ketika itu tidak sihat). Saya yakin mereka akan punya pengikut mereka sendiri dan yang penting, terus mencari ruang untuk memperbaiki diri dan mengasah bakat. Segala kekurangan pasti dapat diatasi sekiranya mereka terus berusaha dan ingin belajar. Saya harap mereka tidak akan berhenti selepas tamat alam persekolahan tahun ini, sebaliknya jadikan masa yang ada untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan muzik korang.

Apa yang penting, ABCD sekarang sudah mula berapi, mengorak langkah, meneruskan perjalanan ke e,f,g dan h. Tapi ingat, perjalanan masih jauh. Ada 18 huruf lagi untuk sampai ke ….z.

*budak2 ABCD, pleze bha, masukkan entri lirik2 lagu baru korang…

ikut kami. kenal kami.