Apr 29, 2010

AKHIRNYA, ROBOCOP KEMBALI MENJADI MANUSIA BIASA...

igu ajang menulis...



ini adalah entri basi... tapi bagi saya, ia amat perlu diingati oleh semua budak 5A kerana pada 4 Mac 2010 yang lalu (mak oi lamanya), Robocop ex-5A telah meletak jawatan dan besi hikmat yang menjadi tunggal kejayaan Robocop membanteras jenayah telah dikeluarkan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Aifan meletak jawatan menjadi Robocop adalah kerana result SPMnya yang not too bad dan menerima pulak tawaran ke matrikulasi Labuan (hanya manusia tulen tanpa campuran besi dibenarkan masuk matrikulasi. arahan : Kementerian Pengajian Tinggi).


Wajah Aifan sewaktu masih bergelar Robocop (tersenyum selepas berjaya membanteras kumpulan kongsi gelap





Inilah besi hikmat yang telah menguasai hidup Airan dan menjadikannya hero dunia. Aifan kini sedang melobi dirinya untuk mendapatkan job baru sebagai model gincu kalis air jenama Maybeline (sambil menunjukkan bibirnya yang mungil)

Aifan tersenyum puas kerana dia kini bebas untuk membuat fesyen rambut mengikut musim buah-buahan tempatan Malaysia (sewaktu gambar ini diambil, dipercayai telah tiba musim durian)


Di sinilah lokasi besi hikmat yang selama ini turut mengganggu kelelakian Aifan.



Inilah barisan tetamu yang hadir. Turut kelihatan, cikgu Ridwan dari St Patrick (baju kuning) yang cemas kerana tiada lagi Robocop di Tawau. Dia agak rungsing kerana Taman Ria mungkin tidak selamat lagi selepas ini.

Cigu Ajang sempat memberikan senyuman manja khas untuk kaum keluarga Aifan yang turut berada pada Majlis Perletakan Jawatan Sebagai Robocop itu.

Kelihatan bomoh handal yang diterbangkan khas dari Beijing iaitu Mahaguru Baba Mok membacakan jampi pada Air Penawar Hikmat Sepet Halilintar Kuasa Gunung Table Kipung-Kipung.Com.My untuk membebaskan Aifan sepenuhnya menjadi manusia biasa.



Turut kelihatan pada majlis tersebut adalah Ishak (bekas menantu Cigu Ajang) pemain bolasepak bawah 20 tahun negeri Sabah yang berhasrat mewarisi besi hikmat tersebut. Dia tercalon dalam top 5 Penyelamat Tawau, tetapi tersingkir kerana barisan juri merasakan dia lebih sesuai sebagai penyelamat di padang.


Inilah wajah Kedutgirl yang mengganti Robocop untuk menyelamatkan dunia dari serangan musuh.




Semua orang boleh tidur dengan lena kini. ada sudah pengganti penyelamat dunia...

2 comments:

  1. nice post cigu.. kelihatan agak cemas wajah cigu oja kerana xda lg robocop.. huhuhu.. :D

    ReplyDelete
  2. hahahahaha. nice work huh. hahaha. baek laa. :) c azman mna bole gnti c epan. c azman ada tulang jak. bkn tulang besi. :DDD

    ReplyDelete

ikut kami. kenal kami.