Feb 21, 2009

HARI PALING BERMAKNA UNTUK CIGU AJANG TAHUN 2008 LALU...

cigu ajang menulis...


Mulanya begini, saya masuk agak lambat ke kelas 4A hari ini kerana keluar dari 5E (Peperiksaan Percubaan SPM sedang berlangsung waktu itu) saya ke pejabat untuk fakskan kertas soalan Percubaan STPM Sejarah sekolah saya kepada seorang teman di Lahad Datu. Saya sebenarnya sakit hati dengan seorang budak kelas saya. Ada ke patut masa saya mengajar di kelas 5 B kerlmarin, ada cahaya merah tiba-tiba melintas mata saya. Siapa lagi kalau bukan kerja budak saya sendiri yang kelas mereka cuma bersebelahan. Ini tentu bukan kerja orang lain. Kalau tak Azman, mesti Azman, kalau tak, mestilah comfirm Azman.
budak busuk inilah yang bernama Azman

Kalau bukan juga, barulah mungkin Baba atau Wong. Mereka tak tahu yang saya ni dah lama tak makan orang. Jadi, saya masuk ke kelas hari ini beserta dendam hendak mematahkan tulang temulang Azman (Bugis Asli) atau Baba (Cina Bugis) atau Wong (Cina Tator). Merekalah yang membawa laser merah itu. Memang merekalah.
dari kiri : Wong (Cina Tator) dan Baba (Cina Bugis)

Saya melangkah perkasa ke kelas dari pejabat selesai menghantar soalan kepada Cikgu Dexter@Mohd Danish Abdullah (cikgu cemerlang, berbakat dan berketrampilan yang saya jadikan idola). Sampai di muka pintu kelas, saya lihat ada bundut kain samarinda yang saya bawa sebagai lapik meja guru, di atas kerusi guru. Saya nak menjerit dah. Saya memang pantang kalau kelas bersepah. Sebab itulah kelas 4 A jarang tewas untuk Pertandingan Keceriaan Kelas. (abis tu bai, meja dalam bilik guru yang bersepah tak hingat ditambah dengan bilik tido lu yang macam stor Parkwell plus ruang tamu yang kemas hari ni esok sepak balik tu, apa cerita???) Aifan selalu Ketua Kelas bertulang besi mengarahkan semua pelajar berdiri.

ketua kelas 4A yg baju kelabu pakai rantai hanjing tu. Baru menduda, pose yang macam orang hilang pedoman ni pun, dia la punya pengaruh. Emo katanya...

Tiba-tiba… ‘SELAMAT HARI JADI CIKGU…’ ucapnya diikuti seluruh kelas. Kemudian, mereka menyanyikan pula lagu Happy Birthday dalam versi pitching ke laut harmoni tak jadi. Tapi perlahan saja sebab kelas-kelas tingkatan 5 sedang trial SPM. Lagipun mungkin mereka telah insaf sebab saya asyik komplen dengan tahap kebisingan kelas.
Saya maintain macho. Tak naklah tunjuk sangat rasa terharu. Saya teruskan juga membebel hal longgokan kain samarinda di atas kerusi itu. Pantas mereka menjawab yang longgokan itu untuk saya. Saya pun naikkan kain itu ke atas meja.
“Cikgu, jangan terlalu keras,” kata Wong F1. Ini Wong lain. Bukan Wong Cina Tator tadi. Wong ini lebih berjenis dan hensem..(Hai, Wong Tator… heeheee..). Mereka minta saya membukanya. Ada kek coklat di dalam sebuah bekas besar.


Terkejut saya. Kata mereka, Fatin yang membuatnya. Saya juga diberikan sebuah beg ada beberapa ucapan di dalamnya. Memanglah terharu. Kalau tak rasa apa-apa, bukan manusialah tu.
Mereka mahu saya memotong kek coklat tersebut. Tetapi, saya tangguhkan pada waktu rehat yang akan tiba selepas masa BM ini. Saya teruskan dengan mengajar KOMSAS. Hujan bukan main lebat tiba-tiba. Seriously, saya tak perasan bila mulanya hujan ini. Tiba-tiba dah lebat. Yalah, nak kontrol macho punya pasal, sampai hujan pun tak sedar.
Saya mengajar cerita Peminangan Puteri Gunung Ledang dan Sikap Terburu-Buru Akan Membawa Padah yang ditukil daripada epik Ramayana. Apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat, terus huru-hara kelas. Seolah-olah SMK Tawau ini mak-bapak guru kelas diaorang yang punya. Kami berpesta, bergambar dan makan kek sampai tak pedulikan orang lain. (Eleh, waktu rehat juga) Tapi, apa yang buat saya cukup tersentuh adalah penglibat semua pelajar. Maksud saya, pelajar dari bangsa lain turut meraikan hari jadi saya dan bergembira.

Sedikit demi sedikit saya dapat lihat semangat perkauman semakin terhakis dan banner di luar kelas yang saya jalankan sesi fotografi pada bulan Julai lalu untuk menunjukkan perpaduan mereka, kini benar-benar mulai terasa.
inilah anak-anak saya tempat saya menumpang berkasih sayang

Hari ini, kami sempat juga berbincang tentang jamuan kelas, dan semua pelajar berjanji untuk turut serta. Hurm…saya pasti merancang acara untuk lebih merapatkan mereka.

Jangan ditanya apa yang terlekat di hidung kami. Saya pun tak hingin nak tanya dorang...

Percayalah, selain sambutan hari lahir saya yang ke 21 (ibu buatkan kek khas berbentuk kunci dan sajak bertajuk ‘Adong Ibu’), inilah juga hari lahir yang akan saya ingat sampai bila-bila (ups, saya juga harus mengingati surprise party yang dianjurkan Farizul dan adik-adik waktu di Akademi Seni Melaka dulu bila mereka buat hal sampai saya sentap dulu dan tiba-tiba di restoran Taman Jati, Batu Berendam, ada kejutan). Terima kasih semua atas kenangan-kenangan yang akan saya ingat-ingat lepas pencen nanti.

Banyak sangat ucapan yang saya terima untuk birthday kali ini lewat sms mahupun lisan. Paling klise, ucapan suruh saya cepat kawin. Releks la children, 29...it's just a number...

saya sempat merampas lazer merah daripada Azman waktu dalam kelas tadi. Kan saya dah cakap, memang Azman punya kerja…

1 comment:

ikut kami. kenal kami.